Post 2
Okay, untuk post pertama ni aku nak berkongsi apa yang aku lalui sekarang. Buat masa ni, aku tengah menghitung hari-hari terakhir untuk tamat belajar (25/6/2015). Aku ada lagi 2 papers untuk final exam iaitu Bioreactor dan Advanced Control tapi aku masih tak mula belajar lagi sebab exam aku lambat lagi.haha!
Pada masa yang sama aku sedang dalam dilema dimana aku perlu membuat keputusan yang paling penting dalam hidup aku. KERJA!
Sekarang aku ada 2 pilihan kerja iaitu sebagai Research Officer bagi company Algaetech dan Process Engineer bagi company KOSSAN. Cuma yang merumitkan keadaan adalah aku telahpun mentandatangani kontrak kerja dengan Algaetech ni (secara paksarela). Tapi offer yang lebih baik tiba-tiba datang dan meletakkan aku dalam situasi yang komplikated.
Memang impian aku untuk menjadi seorang Process Engineer (atau apa apa engineer). Tawaran yang KOSSAN bagi ni ibarat bulan jatuh ke riba. Bagi aku ianya peluang keemasan yang memang aku nantikan. Cuma sekarang ni, disebabkan aku telah pun sign kontrak dengan Agaetech, aku kena fikir cara dan ayat yang paling sesuai untuk "turn down" kontrak tu dan mengharapkan tiada tindakan undang-undang terhadap aku.
Tapi, dalam pada masa yang sama, aku buat juga perbandingan pro dan con bagi menentukan baik buruk keputusan aku ni. Aku juga kena fikir keluarga sebab ibu aku berharap untuk aku duduk rumah lepas habis belajar (since adik beradik aku semua duduk jauh).
Berikut merupakan perbandingan yang telah aku lakukan:
*Obviously gaji merupakan prioriti utama aku*
Algatech KOSSAN
Jawatan Research officer Process Engineer
Gaji RM 1800 RM 2400
Profil company Agak baru dan kurang establish Well establish
Kelebihan Duduk rumah, dekat Gaji ok, jawatan idaman
Kekurangan Gaji sikit, bayar gaji lambat Jauh, kena cari rumah sewa
Bajet bulanan:
1) Kereta RM 300 RM 300
2) Ibu dan Ayah RM 300 RM 300
3) Nenek RM 50 RM 50
4) Minyak + tol RM 589 RM 600
5) Rumah sewa - RM 250
6) Simpanan RM 300 RM 300
TOTAL: RM 1539 RM 1800
BAKI: RM 261(incl: makan,minum) RM 600 (incl: makan,minum)
Jadi, macam mana?
No comments:
Post a Comment